Bushido moden Bushido

Sesetengah orang di Jepun dan juga di negara-negara lain masih mengamalkan nilai-nilai yang sama yang disenaraikan di atas di bawah istilah falsafah bushido moden. Idea tersebut berasal daripada fakta bahawa lelaki Jepun seharusnya menerima pakai kepercayaan dan falsafahnya dalam dunia yang sedang berubah.

Dalam satu petikan artikel tulisan James Williams yang berjudul "Virtue of the sword", penjelasan yang agak sederhana mengenai bushido moden dapat dikesan:[3]

Pahlawan melindungi dan mempertahankan kerana dia sedar akan nilai orang lain. Dia tahu bahawa mereka penting kepada masyarakat dan, sebagai balasan terhadap khidmatnya, mengiktiraf dan menghargai mereka... mengambil masa tambahan di lot-lot meletak kereta pada waktu malam untuk memastikan bahawa seorang wanita dapat masuk ke dalam keretanya dengan selamat sebelum beredar. Penglibatan harian dalam perlakuan-perlakuan sebegini adalah seumpama sebahagian daripada latihan sebagaimana masa yang dihabiskan di dojo (pusat latihan seni mempertahankan diri), dan sesungguhnya seharusnya menjadi sebab bagi masa tersebut menghabiskan latihan... Apabila berhadapan dengan seorang wanita atau kanak-kanak dalam satu situasi yang mereka mudah terdedah kepada bahaya, terdapat dua jenis lelaki: mereka yang akan menawarkan pertolongan, dan mereka yang mengambil kesempatan terhadap mereka. Dan dalam masyarakat moden, terdapat golongan yang menjijikkan yang sama sekali tidak menghiraukan pahit getir mereka!